Keselamatan Ekonomi dan Mobiliti Sosial di Lembah Klang
Ringkasan Eksekutif
Pada 12 Ogos 2026, Southeast Asian Futures Initiative Centre (SEAFIC) dan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia untuk Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG), melalui badan pemikir dasarnya iaitu Pusat Inklusi Sosial MySDG (MySDG-CSI), telah menganjurkan satu perbincangan kumpulan fokus (FGD) tertutup selama tiga jam yang melibatkan lima belas rakyat Malaysia yang menetap di Lembah Klang. Kategori peserta ialah mewakili lima golongan berikut: graduan baharu, ketua isi rumah, pekerja ekonomi gig, ibu tunggal yang bekerja, dan warga emas. Tujuan FGD ini dianjurkan adalah bagi membincangkan keselamatan ekonomi dan mobiliti sosial di bandar khususnya, Lembah Klang. Sesi ini memberikan isyarat yang penting mengenai bagaimana dasar peringkat makro memberi kesan kepada isi rumah pada peringkat mikro, merangkumi tiga tema yang saling berkait.
Tema 1: Pengalaman Hidup dan Persilangan antara Perumahan, Pekerjaan, dan Pengangkutan
Tema 2: Pendapatan, Pendidikan, dan Pekerjaan
Tema 3: Mengukuhkan Sistem Makanan (Kebolehcapaian, Kemampuan, dan Nutrisi)
“Perlu diingatkan bahawa kajian ini hanya melibatkan 15 orang peserta, justeru tidak Boleh dianggap mewakili keseluruhan Rakyat Malaysia. Namun begitu, ia tetap memberikan gambar-bawah dan sebaliknya mengutamakan pendengaran di peringkat akar Umbi serta kajian keperluan tempatan yang jujur dan mendalam tentang cabaran sebenar yang dihadapi rakyat bandar pada hari ini, sekali gus melengkapi kajian-kajian besar yang lebih bersifat data dan statistik.”
